www.e-qalam.com...
 
Ke laman Utama | Semak Troli Belian Anda
.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
 
Sunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang Melayu


ABOUT SSL CERTIFICATES

 
[ Menghubungkan anda ke dunia buku ] [ Menanam benih pengetahuan ]
:: Ulasan Buku | Cd-Rom ::

Ulasan : Pemikiran Hamka
Ulasan : Sangeetha
Ulasan : Pengangkutan Di Air Dalam Budaya Melayu (Kulit Keras)
Ulasan : Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka
Ulasan : Lamunan Puitis Sebuah Trilogi
Ulasan : Songket Malaysia
Ulasan : Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan

 



SONGKET MALAYSIA

Norwani Mohd. Nawawi



"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"
"DAH KENAL MAKA TERPANCARLAH MINDA"
Songket adalah hasil tenunan tangan tradisonal orang Melayu yang sangat berharga. Dalam erta kata lain Songket bermakna `benang pakan tambahan' yang disulamtenunkan ke dalam kain tenunan biasa bagi menimbulkan pelbagai corak dan motif. Benang tambahan ini terdiri daripada benang emas atau perak, benang berwarna atau benang metalik yang bercahaya beraneka warna. Corak dan motif yang terdapat pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Ia mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang hidup di alam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan.

Buku Songket Malaysia sememangnya berunsur pendidikan, yang bukan sahaja membantu pembaca memahami proses pembuatan songket dan perkembangan yang dilaluinya, malah mendalami ilmu tentang kewujudan seni ini sebagai akar umbi di alam budaya Melayu.

Buku Songket Malaysia ini mengandungi 7 bab yang menarik antaranya; Bab 1 menggambarkan sejarah songket di Malaysia yang terdapat di kawasan pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebahagian tenunan ini dipengaruhi dari negeri China, Kemboja, India dan Arab. Di dalam Bab 2 pula penulis menceritakan alat tenunan Melayu yang dipanggil `kek' yang digunakan dalam tenunan dan dilengkapi dengan gambarajah secara terperinci. Ia juga menerangkan teknik menenun menggunakan `kek' songket Melayu dengan yang terdapat di negara-negara lain. Bab 3 menghuraikan tentang teknik ikat dan songket yang biasa digunakan pada zaman dahulu. Seterusnya pembaca dapat mengetahui cara menenun kain songket dengan lebih terperinci di dalam Bab 4 dari segi penggunaan alat-alat tenunan, istilah-istilah yang diberi kepada proses menenun dan corak bunga songket yang digunakan.

Bab 5 pula menceritakan warna dalam tenunan yang biasa digunakan mengikut kesesuaian dengan alam persekitaran seperti kuning, biru, merah, hijau, hitam dan lain-lain. Dalam Bab 6 buku ini, penulis menghuraikan tentang corak dan motif dalam songket dari zaman dahulu sehingga ke hari ini dan disertakan gambar foto contoh corak-corak songket yang telah dihasilkan seperti songket corak penuh, tampok manggis, bunga melur, bunga cabit, bunga pecah lapan dan lain-lain.

Akhir sekali di dalam Bab 7 pula penulis menghuraikan jenis-jenis kain dan kegunaannya terutama jenis `kain brocade'. Ia juga menceritakan contoh-contoh pakaian pengantin Melayu yang terdapat hari ini serta hasil barangan songket yang terdapat di pasaran.

Semoga masyarakat umum memperoleh sedikit sebanyak pengetahuan tentang latar belakang perkembangan songket dan pemahaman yang betul tentang reka bentuk dan kaedah penghasilan songket, agar kita dapat menghargai dan memahami nilai keindahan SONGKET MALAYSIA.



:: Ulasan Buku | Cd-Rom ::
ID Pengguna
Kata Laluan

Aku Bukan Komprador
Penulis:
Aminah Mokhtar
Penerbit:
DBP

No. KK: 8996211003004101
No. ISBN: 9789834603007
Tahun Terbitan: 2009




Titik-Titik Perjuangan

Penulis: Sarbiah Samsudin
Penerbit: DBP

No. KK: 8996211002823101
No. ISBN: 9789834602826
Tahun Terbitan: 2009



Berkarya Secara Digital dengan Adobe Photoshop

Penulis:
Chang Hon Woon
Penerbit:
DBP
No. KK:
0066211002774101
No. ISBN: 9789834602772
Tahun Terbitan: 2009



Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo

Penulis: Mohd Radzi Abd Hamid
Penerbit: DBP
No. KK: 9596211002274101
No. ISBN: 9789834602277
Tahun Terbitan: 2009



Menjajah ke India
Penulis: Muhammad Dato' Muda Al-Haj
Penerbit:
DBP

No. KK:
9156211002294101
No. ISBN:
9789834602291
Tahun Terbitan:
2009



Ceritalah Lagi! 4
Penulis: Aliman Salam
Penerbit: DBP

No. KK:
802 2194710901
No. ISBN:
9789836204752
Tahun Terbitan:
2009



An Anthology of Malaysian Short Stories: In the Shadows of the Palm
Penulis:
DBP
Penerbit:
DBP

No. KK:
8236221002104101
No. ISBN:
9789834602109
Tahun Terbitan:
2009



Siri Kesihatan Remaja: Pembiakan Pengekal Zuriat
Penulis:
Norfilza Mohd Mokhtar, Norhazlina Abdul Wahab
Penerbit:
DBP

No. KK:
6126211002963101
No. ISBN:
9789834602963
Tahun Terbitan:
2009


Kunci Gerbang Masa
Penulis: DBP
Penerbit: DBP

No. KK:
8996211004123101
No. ISBN:
9789834604127
Tahun Terbitan:
2009


 
Khidmat Nasihat DBP
- Iklan Kami -
Iklan Kami -
Hakcipta Terpelihara@2003 . Rekabentuk Portal Oleh Bahagian Teknologi Maklumat | Polisi Privasi | Syarat Penggunaan & Penafian
Paparan Optimum Menggunakan Internet Explorer 5.0 Keatas | Sila E-mail webmaster@dawama.com sekiranya ada masalah teknikal.