www.e-qalam.com...
 
Ke laman Utama | Semak Troli Belian Anda
.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
 
Sunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang Melayu


ABOUT SSL CERTIFICATES

 
[ Menghubungkan anda ke dunia buku ] [ Menanam benih pengetahuan ]
:: Ulasan Buku | Cd-Rom ::

Ulasan : Pemikiran Hamka
Ulasan : Sangeetha
Ulasan : Pengangkutan Di Air Dalam Budaya Melayu (Kulit Keras)
Ulasan : Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka
Ulasan : Lamunan Puitis Sebuah Trilogi
Ulasan : Songket Malaysia
Ulasan : Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan

 



Sangeetha
Penulis: Azizi Haji Abdullah
Penerbit: DBP








Sangeetha

Novelis terkenal, Azizi Haji Abdullah muncul sekali lagi dengan novel terbarunya berjodol 'Sangeetha' . Kali ini Azizi berjaya mengabungkan dua aspek budaya dan peradaban bangsa dalam sebuah novel tebal yang mengesahkan percintaan hati dan perasaan antara dua jiwa berlainan agama. Percintaan mereka bukan berdasarkan percintaan seperti Juliet dan Romeo bahkan percintaan naluri berpaksikan kebudayaan sepertimana yang dinyatakan oleh pengarang terhadap alat muzik gambus dan tabla.

Cinta tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terluah dan disambut, alangkah indahnya. Cinta yang terhalang derita jadinya. Namun, bagaimana jika cinta itu cinta terpendam, datang tanpa diundang, keliru antara sayang dengan kasihan? Kata orang, adat muda menanggung rindu, namun jika orang tua yang memendam rasa, bagaimana? Dari situ maka lahirlah 'Sangeetha' iaitu seorang perempuan tua berbangsa India yang berasal dari Mumbai berusia 85 tahun ingin mengisi kekosongan hatinya dengan perasaan cinta kepada lelaki tua berbangsa melayu yang bernama Deros. Sangeetha, cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata.

Dalam cerita tersebut empat individu sahaja menghidupkan cerita iaitu Sangeetha, Vilalal adiknya, Neena dan Deros seorang pemain gambus. Penceritaan itu juga berakhir dengan kematian Vilalal di atas ambulan di mana Deros mengajar Vilalal mengucap dan saat kematian Deros bila Sangeetha pula mengajarnya mengucap sedangkan Sengeetha bukan seorang Islam. Saya sengaja menghidupkan watak Deros yang mengajar Vilalal mengucap dan Sangeetha mengajar Deros mengucap bila sampai waktu nazaknya ialah bagi mengambarkan kalimah itu satu ketenangan. Ini menandakan Sangeetha sendiri telah merasai jika Deros gagal melafazkan kalimah itu ia tidak mendapat ketenangan yang abadi.

Antara novel yang pernah dihasilkan oleh Azizi pada awal pembabitanya pada tahun 1970-an ialah 'Senja Belum Berakhir' (1971), 'Gadis Itu Bernama Ina' (1972), 'Sami Mekong' (1976), 'Bila Hujan Malam' (1976), 'Tini' (1977), 'Ayah Bonda' (1978) dan 'Kolam Mulhamah' (1978).


:: Ulasan Buku | Cd-Rom ::
ID Pengguna
Kata Laluan

Aku Bukan Komprador
Penulis:
Aminah Mokhtar
Penerbit:
DBP

No. KK: 8996211003004101
No. ISBN: 9789834603007
Tahun Terbitan: 2009




Titik-Titik Perjuangan

Penulis: Sarbiah Samsudin
Penerbit: DBP

No. KK: 8996211002823101
No. ISBN: 9789834602826
Tahun Terbitan: 2009



Berkarya Secara Digital dengan Adobe Photoshop

Penulis:
Chang Hon Woon
Penerbit:
DBP
No. KK:
0066211002774101
No. ISBN: 9789834602772
Tahun Terbitan: 2009



Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo

Penulis: Mohd Radzi Abd Hamid
Penerbit: DBP
No. KK: 9596211002274101
No. ISBN: 9789834602277
Tahun Terbitan: 2009



Menjajah ke India
Penulis: Muhammad Dato' Muda Al-Haj
Penerbit:
DBP

No. KK:
9156211002294101
No. ISBN:
9789834602291
Tahun Terbitan:
2009



Ceritalah Lagi! 4
Penulis: Aliman Salam
Penerbit: DBP

No. KK:
802 2194710901
No. ISBN:
9789836204752
Tahun Terbitan:
2009



An Anthology of Malaysian Short Stories: In the Shadows of the Palm
Penulis:
DBP
Penerbit:
DBP

No. KK:
8236221002104101
No. ISBN:
9789834602109
Tahun Terbitan:
2009



Siri Kesihatan Remaja: Pembiakan Pengekal Zuriat
Penulis:
Norfilza Mohd Mokhtar, Norhazlina Abdul Wahab
Penerbit:
DBP

No. KK:
6126211002963101
No. ISBN:
9789834602963
Tahun Terbitan:
2009


Kunci Gerbang Masa
Penulis: DBP
Penerbit: DBP

No. KK:
8996211004123101
No. ISBN:
9789834604127
Tahun Terbitan:
2009


 
Khidmat Nasihat DBP
- Iklan Kami -
Iklan Kami -
Hakcipta Terpelihara@2003 . Rekabentuk Portal Oleh Bahagian Teknologi Maklumat | Polisi Privasi | Syarat Penggunaan & Penafian
Paparan Optimum Menggunakan Internet Explorer 5.0 Keatas | Sila E-mail webmaster@dawama.com sekiranya ada masalah teknikal.